Asal-usul nama Brazil

Asal-usul nama Brazil masih tidak dipastikan. Mengikut tradisi, nama "Brazil" datang dari kayu brazil, sejenis pokok balak yang diperdagangkan oleh para pelaut dari kawasan Brazil ke Eropah pada abad ke-16.[14] Dalam bahasa Portugis, kayu brazil dipanggil pau-brasil, yang mana perkataan brasil yang bermaksud "merah seperti bara", berasal dari bahasa Latin iaitu brasa ("bara") dan akhiran -il (dari -iculum atau -ilium).[15][16][17] Teori ini diajar sebagai asal-usul rasmi di sekolah-sekolah Brazil dan Portugal, tetapi ada yang berpendapat bahawa nama Brazil lebih tua daripada itu, dan mungkin berasal dari bangsa Celt.[18] Mereka memperdagangkan bahan pewarna merah yang diekstrak dari mineral dari lombong-lombong Iberia ke Ireland. Apatah lagi, pulau Hy-Brazil dalam mitos Ireland dilihat oleh sesetengah pihak sebagai asal-usul nama Brazil yang sebetulnya, termasuk sasterawan JRR Tolkien sendiri.[19][14] Dalam bahasa Guarani, salah satu bahasa rasmi Paraguay, Brazil dipanggil “Pindorama”, nama yang diberikan oleh orang asli kepada negara itu, membawa erti “bumi pokok palma.”

Rujukan

WikiPedia: Brazil http://www.ctgas.com.br/conteudo/img_upload/Projec... http://www.jusbrasil.com.br/noticias/74894/futebol... http://www.mzweb.com.br/santosbrasil/web/conteudo_... http://www.obamonteverde.com.br/ http://aulete.uol.com.br/site.php?mdl=aulete_digit... http://michaelis.uol.com.br/moderno/portugues/inde... http://valetudo.com.br/ http://www.cpatsa.embrapa.br/servicos/dadosmet/cem... http://www.bcb.gov.br/htms/relinf/ing/2004/06/ri20... http://www.brasil.gov.br/?set_language=en